Tuesday, October 4, 2022

Lim Kit Siang: UMNO malap atau bersinar bukan urusan saya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menegaskan masa depan UMNO bukan perkara yang menjadi perhatiannya melainkan parti itu terus menyebarkan fitnah terhadap DAP.

“Sama ada pemimpin UMNO malap atau bersinar itu bukan urusan saya,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, dalam satu kenyataan media, hari ini.

Unit komunikasi strategik UMNO semalam dalam satu kenyataan berkata, Kit Siang harus tutup mulut dan tidak campur tangan dalam urusan UMNO.

“Bagaimanapun menjadi urusan saya jika pemimpin UMNO terus menyebarkan pembohongan, berita palsu dan maklumat tidak benar mengenai DAP,” tegasnya.

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan unit komunikasi strategik UMNO yang “misteri, tidak bernama dan tidak berwajah” meminta pihak luar untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Umno.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa turut meminta supaya Kit Siang menutup mulut dan tidak masuk campur dalam urusan UMNO.

Annuar turut meminta Kit Siang menikmati detik bulan madu DAP selepas semua perancangan parti itu berhasil. –Sarawakvoice

Foto Lim Kit Siang (林吉祥)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru