Monday, August 8, 2022

Ku Li cabar Zahid untuk Presiden UMNO

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Untuk memimpin pemulihan UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Presiden UMNO penggal 2018/19.

Lebih mesra dikenali sebagai Ku Li berkata, beliau membuat keputusan itu demi memastikan UMNO kekal relevan sebagai pertubuhan politik nasional.

“Sebagai sebuah parti politik kaya dengan pengalaman, saya yakin akan dapat memimpin UMNO untuk meneruskan tradisi itu.

“Di samping itu, saya bercadang untuk memastikan UMNO dapat memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab dan memandu negara ini menuju negara berstatus maju,” katanya lagi.

Pengumunan Ku Li menafikan khabar sebelum ini yang menyatakan beliau akan berehat, dan membiarkan kedudukan Presiden UMNO kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan UMNO, 30 Jun ini.

Ku Li merupakan tokoh paling tepat memandangkan kerajaan kini dipimpin oleh tokoh seangkatannya, Tun Mahathir Mohamad.

Ujarnya lagi, tahap demokrasi Malaysia kini telah mencapai tahap kematangan yang membanggakan, dan parti politik memerlukan pemimpin yang matang.

“Sebagai pengamal politik aktif sejak 1962, tidaklah keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa saya amat faham akan selok-belok politik kepartian dan politik di peringkat kebangsaan.

“Kepada saya, ini merupakan satu-satunya ujian sekiranya seseorang itu ingin menawar dirinya bagi tugas kepimpinan,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru