Tuesday, September 27, 2022

Warga emas dalang pertaruhan Piala Dunia dicekup di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Polis menjaring seorang warga emas di sini selepas disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian membabitkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Rejang Park sekitar jam 8 malam pada Selasa.

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu telah menyerbu rumah tersebut sebelum menahan lelaki berkenaan

“Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati rumah tersebut dijadikan sebagai lokasi pengumpulan pertaruhan perlawanan bola sepak.

Premis itu juga katanya, menjalankan aktiviti penjualan loteri haram 4D.

“Turut dirampas wang tunai dipercayai wang pertaruhan berjumlah RM545,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Pertaruhan dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam pada itu, Denis memberi amaran bahawa Polis Sarawak akan melancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras perjudian yang membabitkan pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula pada Jumaat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru