KUALA LUMPUR: Keputusan empat parti komponen di Sarawak keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan memberi kesan kepada parti tersebut secara keseluruhan dan kedudukannya sebagai pembangkang di Dewan Rakyat, kata Penolong Setiausaha Wanita BN Datuk Noraini Ahmad

“Kita perlu berpolitik secara matang dan menerima secara terbuka keputusan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Pengerusi BN itu mengumumkan BN Sarawak keluar daripada BN selepas bersama dengan gabungan itu selama 44 tahun, sekali gus menubuhkan gabungan baharu yang dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS)

BN Sarawak terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik pProgresif Sarawak (PDP) dan Paeti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Namun kita berasa sedih kerana ia juga akan memberi kesan kepada kedudukan BN di Dewan Rakyat selepas ini, apa lagi GPS telah mengumumkan akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) ,” katanya.

Katanya, Wanita Barisan Nasional (BN) meminta pucuk kepimpinan parti berkenaan untuk membincang kaedah terbaik agar dapat menjaga dan membela kepentingan rakyat di dalam Dewan Rakyat pada masa akan datang.

Noraini berkata walaupun pahit dan rasa dipinggirkan dalam keadaan yang sukar ketika ini, BN akan terus mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Katanya beliau percaya keadaan tersebut tidak akan mematahkan semangat ahli-ahli UMNO dan menyeru semua mereka supaya turut menerima secara baik keputusan Sarawak itu. –Sarawakvoice