JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan sumbangan peribadi berupa kereta Proton Suprima kepada Pegawai-Pegawai Daerah di Johor.

Terdahulu, Tuanku Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan selama hampir 15 minit bersama Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Negeri di Istana Pasir Pelangi, di sini.

“Baginda telah memulakan amalan pengurniaan hadiah kereta sejak tahun 2016 kepada pegawai-pegawai yang memberikan perkhidmatan cemerlang,” kata satu kenyataan rasmi melalui Facebook Royal Press Office. –Sarawakvoice

Kredit foto : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar