KUALA LUMPUR: Dasar Pandang Ke Timur diaktifkan semula dengan penambahbaikan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendidikan, latihan dan pelaburan antara bidang dimanfaatkan bersama Malaysia-Jepun dalam kerjasama kukuh kedua-dua negara.

Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, di Tokyo pada Selasa Mahathir dalam lawatan kerja tiga hari ke Jepun melahirkan rasa gembiranya kerana Jepun menyambut baik sekali lagi Dasar Pandang Ke Timur yang mahu diterapnya itu.

Dengan menyokong pertumbuhan Malaysia, Mahathir berharap Jepun turut meningkatkan hubungan dua hala ke tahap baharu serta meminta universiti Jepun menubuhkan cawangan mereka di negara ini.

Penambahbaikan dasar tersebut dapat melibatkan inisiatif pendidikan, memperluas pembangunan sumber manusia serta menggalak pemindahan sains dan teknologi.

Dasar baharu ini juga diharap mampu menggalakkan pelaburan dan memperluas peluang kepada rakyat Malaysia aktif di kedua-dua negara. –Sarawakvoice

Foto : Bernama