Monday, August 15, 2022

Mabuk punca lelaki cedera selepas jatuh bangunan di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Gara-gara mabuk, seorang lelaki warganegara Indonesia nyaris maut selepas terjatuh dari bangunan di Jalan Raminway di sini semalam.

Mangsa berusia 28 tahun itu ditemui terbaring di lorong belakang bangunan tersebut oleh orang awam sekitar jam 8 pagi.

Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan lemah dengan beberapa anggota badannya cedera.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian.

Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pihak paramedik yang tiba di lokasi kejadian sebelum dirujuk ke hospital untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Sebaliknya, lelaki itu dipercayai mabuk dan gagal mengawal keseimbangan badan sebelum terjatuh.

Polis kata Stanley, tidak menemui sebarang petunjuk atau maklumat yang menunjukkan mangsa cuba membunuh diri.

“Sebaliknya dia (mangsa) disyaki di bawah pengaruh alkohol dan terjatuh dari bilik sewanya di bangunan tersebut,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru