Tuesday, September 27, 2022

FAMA Sarawak sasar RM500,000 menerusi jualan Jimat Belanja Aidilfitri 2018

Secara Rawak

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak menyasarkan perolehan jualan Jimat Belanja Aidilfitri sebanyak RM500,000 manakala Bazaar Ramadan sebanyak RM1 juta pada tahun ini.

Pengarahnya, Shahid Abu Bakar berkata, pada tahun lepas jualan untuk Bazaar Ramadan adalah sekitar RM1.02 juta manakala Jualan Khas PraSyawal mengumpul hasil RM463,000.

“Jumlah keseluruhan jualan bagi kedua-dua program adalah sebanyak RM1.48 juta.

Katanya, untuk tahun 2018, pihaknya menyasarkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.5 juta,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jualan Jimat Belanja Aidilfitri 2018, di Media Niaga Satok pagi tadi.

Pada masa yang sama, pihak FAMA Negeri Sarawak turut mengadakan Jualan Gula, Minyak dan Tepung bagi membantu golongan berpendapatan rendah serta sederhana membeli barangan keperluan dapur pada harga yang berpatutan.

Jualan Jimat Belanja Aidilfitri diadakan di seluruh negara untuk memudahkan pengunjung-pengunjung membeli barangan keperluan sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Tempat ini adalah pusat sehenti yang turut menempatkan keperluan hari raya seperti ayam segar, daging lembu, daging sejuk beku, ikan terubok, kek lapis, biskut tradisional, daun palas, daun pisang, buluh lemang, limau dan sebagainya.

Turut dilangsungkan jualan Q-fish atau Ikan Rakyat yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri akan berlangsung sehingga Ahad.

Beberapa lokasi terlibat ialah Medan Niaga Satok, Pasar Tani Demak Laut, Pasar Tani Bandar Baru Semariang, Pasar Tani Permai Sibu, Pasar Tani Daro dan Pasar Tani Tedungan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru