Monday, August 15, 2022

Kami kecewa…tapi akur – Sharifah Hasidah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: ” Ia di luar pengetahuan kami.

“Hanya setelah pasukan perundangan Sarawak dan saya sendiri tiba di Kuala Lumpur untuk pendengaran kes pada esok (hari ini), kami dikejutkan dengan penundaan kes ini,” kata Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek itu mengulas tentang penanggihan pendengaran kes itu kepada 21 Jun, susulan permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Kes dijadualkan disebut hari ini di Mahkamah Persekutuan, Istana Keadilan Putrajaya.

Penangguhan dimaklumkan melalui panggilan telefon lewat petang semalam.

“Kami kecewa … namun kami akur arahan mahkamah,” katanya lagi.

Tommy meminta penangguhan bagi membuat penyelidikan sama ada peguam Persekutuan perlu hadir sebagai pemerhati atau peguam utama dalam kes tersebut. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru