Thursday, December 9, 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan sekadar bertukar nama

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan sama dengan Barisan Nasional (BN) yang ditinggalkannya.

Itulah penegasan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini ketika ditanya tentang kemungkinan gabungan itu umpama hanya bertukar dari segi nama.

Katanya, gabungan itu tidak akan sama seperti perikatan yang lama.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu bahawa keputusan keluar BN dibuat secara konsensus bersama-sama parti komponen lain, iaitu SUPP, PRS, dan PDP.

“Tidak, kami pasti akan berbeza,” tegasnya.

Bagi penganalisis politik, GPS perlu melakukan transformasi secara besar-besaran dan bukannya melakukan perubahan kosmetik sahaja.

“Hala tuju kami tidak akan sama. Kami berbeza,” katanya.

GPS bakal berdepan cabaran besar pada pilihan raya negeri akan datang, dan penganalisis politik menyifatkan keputusan itu sebagai demi survival politik gabungan itu.

Pada PRN 2016, BN Sarawak menangi 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun pada pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei lalu, BN Sarawak hanya memenangi 19 daripada 31 kerusi Parlimen. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru