KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg merangkap Yang Dipertua PBB bersama komponen lain dalam Barisan Nasional telah mengumumkan secara rasmi PBB, PRS, PDP dan SUPP secara rasmi meninggalkan Barisan Nasional .

Komponen ini menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memulakan satu fasa baru politik pasca pilihanraya umum ke-14.

Lukanisman Awang Sauni berkata dalam kenyataan Facebooknya, “sebagai ahli parlimen baru saya dengan berlapang dada menerima keputusan ini dan melihat ini adalah keputusan yang dibincang bersama dan dibincangkan selama beberapa minggu.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sibuti berkata, “saya telah turun berjumpa rakan-rakan akar umbi parti serta mendapatkan pandangan pemerhati politik dan orang awam mengenai keputusan PBB keluar daripada Barisan Nasional dan menubuhkan gabungan baru. ”

“Rata-rata orang awam telah memberi respons positif keputusan ini, ” katanya .

“Saya berharap melalui Gabungan Parti Sarawak , saya mengalu-alukan parti-parti yang bertapak di Sarawak menyertai Gabungan Parti Sarawak agar dapat bersatu untuk memberi fokus kepada menuntut hak sarawak, ” ujarnya lagi.

“Melalui GPS telah ditetapkan bahawa Ahli Parlimen Sarawak akan mengamalkan mesra kepada kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan,” kata Lukanisman.

Kata Lukanisman lagi, “Saya merasakan melalui GPS ini, ahli parlimen Sarawak tidak terikat dengan mana-mana arahan dari Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.”

“Kami bebas untuk menyokong usul-usul yang dirasakan memberi manfaat kepada sarawak dan kepentingan nasional dan tidak terikat dengan undi blok,” tegasnya .

“GPS elak kesilapan di bawah BN dan bebas membuat usul yang penting untuk sarawak,” ujarnya lagi.

“Saya berharap rakyat sarawak yang sebelum ini menyokong BN bersama penyokong Pakatan Harapan dapat bersama-sama memberi sokongan baru kepada Gabungan Parti Sarawak,” katanya.

Katanya lagi, “Setakat ini Ahli Parlimen GPS masih berada dalam blok pembangkang dan saya memberi komitmen untuk menjadi pembangkang yang lebih bijak dan membangkang dengan berfakta dan jika terdapat polisi yang baik tidak akan membangkang membuta tuli.”

Lukanisman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Barisan Nasional dan selamat meneruskan pejuangan dalam memperjuangkan hak rakyat

“Kepada Gabungan Parti Sarawak kita akan menempuhi kritikan dan banyak perkara perlu dilaksanakan bagi rakyat Sarawak, ” tegas Lukanisman lagi. –Sarawakvoice