Friday, October 7, 2022

Abang Jo beri tempoh 18 bulan untuk JBALB tangani krisis air di Kota Samarahan-Sebuyau

Secara Rawak

SADONG JAYA: Ketua Menteri Sarawak sekali lagi terpaksa turun padang untuk menyelesaikan, dan membuat keputusan lapangan berkait krisis air yang melanda kawasan jajaran Kota Samarahan hingga Sebuyau.

Untuk tujuan itu, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam meluluskan peruntukan berjumlah RM150 juta untuk pemasangan paip air baharu di kawasan ini, yang diarah siap dalam tempoh 18 bulan.

Krisis air berlaku di kawasan ini sejak beberapa bulan lalu, dan semakin teruk sejak bulan lalu.

Malah berlaku beberapa siri kerosakan dan paip pecah, menyebabkan penduduk langsung terputus bekalan.

Untuk menyelesaikan krisis di Asajaya, Sadong Jaya dan Sebangan ini, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak telah mengarahkan kerja-kerja dimulakan secepat mungkin.

“Salur air akan dibina di atas tanah di sepanjang jalan dan jambatan ke Sebuyau, supaya kita boleh mengesan dengan mudah sebarang keretakan atau melakukan pemeriksaan pantas jika bekalan air terganggu,” katanya selepas mendapat taklimat di
Sekolah Pesantren Abdul Taib Mahmud di sini.

Katanya, pelaksanaannya akan dibahagikan kepada beberapa pakej dan dilangsungkan serentak, bagi membolehkan ia siap lebih cepat.

Turut hadir Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Stephen Rundi Utom. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru