Thursday, December 9, 2021

Najib ziarahi pesara ayahandanya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menziarahi pusara ayahandanya, Tun Abdul Razak di Makam Pahlawan, di sini.

“Ziarah pusara Ayahanda Tun Razak hari ini. Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri,” katanya dalam catatan terbaharu Facebooknya.

Turut dimuatkan dalam Facebook itu ialah gambar beliau mengunjungi pusara berkenaan.

“Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” kata bekas Perdana Menteri lagi.

Tun Razak meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 kerana penyakit leukemia.

Beliau difahamkan merahsiakan penyakit itu daripada keluarganya.

Perdana Menteri kedua itu mulai memerintah pada 1970 selepas pengunduran Tunku Abdul Rahman susulan kejadian 13 Mei 1969.

Tun Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan dengan memperkenalkan banyak rancangan pembangunan untuk negara. –Sarawakvoice

Foto : Page Najib Razak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru