Tuesday, October 4, 2022

Termasuk dirinya, Kit Siang percaya Mahathir, Anwar kini sudah jauh berubah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Saya rasa kami semua sudah berubah,” kata Anggota Parlimen veteran DAP Lim Kit Siang memetik The Malaysian Insight (TMI).

Lim merujuk kepada diri beliau sendiri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Ketua Umum Pkatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan kini berada dalam Harapan dan sudah belajar tentang kehidupan untuk jadi orang yang lebih baik dan jadi pemimpin Malaysia yang lebih sensitif dan wajar.

Justeru, Lim turut memberi jaminan sengketa Mahathir-Anwar yang pernah berlaku sebelum ini, tidak akan berulang lagi kerana kedua-dua pemimpin itu telah berubah.

Lim mengulas ekoran cakap-cakap politik berkaitan kekhuatiran banyak pihak, akan berulang semula kemelut politik kedua-dua pihak.

Diketahui umum Mahathir dan Anwar bersengketa pada 1998 sehingga tercetusnya reformasi di Malaysia dengan Anwar dipenjarakan.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mahathir dan Anwar berganding bahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pernah diterajui mereka sebelum ini.

Dengan kemaraan Harapan ke Putrajaya dan Anwar yang menghadapi hukuman penjara kali kedua dibebaskan, ramai khuatir Anwar tidak mara menjadi perdana menteri ke-8.

Lim berpengalaman luas dalam politik pembangkang dan pernah berdepan sebagai pembangkang tegar Mahathir dan Anwar berkata

Memetik TMI, Lim percaya Mahathir yang sudah berusia 93 tahun, berbeza semasa beliau, 22 tahun mentadbir negara.

Menurut Lim, Mahathir berubah daripada seorang hagemon kepada pembuat konsensus — berbeza semasa Mahathir memerintah 1981 hingga 2003 dahulu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru