MIRI: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Berhad (SEB) Sharbini Suhaili berkata projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (Sares) sudah merangkumi 95 peratus mencapai seluruh Sarawak.

Menurut Sharbini ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Sarawak Energy di Masjid Darul Ehsan, Piasau SEB terus gigih mempercepat Sares di pedalaman demi mencapai sasaran liputan bekalan elektrik 100 peratus menjelang 2025.

Sharbini berkata, SEB turut melancarkan beberapa unit jana kuasa bergerak 500kVA termasuk untuk Miri — bertindak sebagai sumber elektrik alternatif ketika berlaku gangguan bekalan elektrik. –Sarawakvoice