Tuesday, September 27, 2022

Desakan hentikan siasatan terhadap Kadir dibidas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pemantau Malaysia Baru, membidas sikap peguam PKR Latheefaa Koya dan Maria Chin yang mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menghentikan siasatan ke atas Ketua Media dan Komunikasi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Abdul Kadir Jasin, kerana menghina DYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Datuk Lokman Noor Adam  mempersoalkan adakah kerajaan baharu pimpinan PH  sudah menukar atau menggubah polisi dengan menghalalkan sesiapa sahaja untuk menfitnah, menghina dan memperlekeh Yang di-Pertuan Agong.

“Adakah ini yang dikatakan kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara membawa makna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Kadir, seorang pengarang veteran, telah mendedahkan tentang perbelanjaan pihak Istana Negara, dan tindakan beliau itu turut tidak disenangi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan netizen.

“Bagaimana pula jika rakyat seperti saya memfitnah Tun Mahathir? Bagaimana sekiranya saya mendedahkan maklumat dana yang Tun sekeluarga simpan di Bank of Israel di Singapura?,” katanya lagi.

“Bagaimana jika saya menulis tentang dana yang Tun terima dari Ting Pek Khing dan Vincent Tan sebelum pilihan raya dan sebagai timbalbalas, Ting diberi projek Langkawi City 31 bilion dan Vincent Tan pula diberikan projek Pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman? Adakah jika saya menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir maka Maria Chin dan Latheefa Koya akan mempertahankan tindakan saya atas dasar kebebasan bersuara juga?” ulas beliau dalam satu kenyataan media,” tanya Lokman.

Katanya, apa yang dilakukan oleh PH sekarang ini seperti mempunyai agenda untuk membuang Institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik supaya Tun Mahathir boleh diangkat sebagai presiden atau maharaja yang baru.

“Terus terang sahajalah dengan rakyat Malaysia agenda sebenar PH. Saya cabar PH melaksanakan Referendum Rakyat. Jika lebih 50 peratus rakyat negara ini menolak mengundi untuk menamatkan institusi beraja, maka tukarlah negara ini kepada sebuah republik,” katanya.

“Tetapi jika rakyat mahu sistem Raja Berperlembagaan kekal atau jika kalian tidak ada keberanian untuk melakukannya maka belajarlah menghormati Raja-raja Melayu.

Tegas Lokman, pengundi muda Melayu memberikan PH undi supaya menjadi pemerintah yang lebih adil dan saksama, bukan untuk menghalalkan tindakan kalian menghina institusi Raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada rakyat dan agama Islam. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru