Monday, August 15, 2022

Hamdan Wahid, anak Sarawak pertama sebagai Ketua Pengarah Bomba

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Dr Ali Hamsa semalam mengumumkan pelantikan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Mohammad Hamdan Wahid sebagai Ketua Pengarah jabatan itu yang baharu.

Tugas baharu beliau ini berkuat kuasa pada Isnin depan bagi menggantikan Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim yang bersara wajib 2 Mei lepas.

Surat perlantikan Muhammad Hamda telah diserahkan semalam.

Hamdan merupakan anak Sarawak pertama yang dilantik ke jawatan penting itu.

Sebelum ini, beliau pernah menjawat Pengarah JBPM Wilayah Persekutuan serta Penolong Ketua Pengarah Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan JBPM.

Beliau mempunyai ijazah sarjana sains dalam Pengurusan dan Perancangan Tindak Balas Kecemasan daripada Universiti Putra Malaysia, selain ijazah sarjana muda Matematik dari Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam JBPM selama lebih 30 tahun dan pernah menyandang pelbagai jawatan.

Hamdan malah cukup berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan bencana serta melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Namun pengalaman paling hebat beliau ialah mengetuai 1,200 anggota bomba negara melaksanakan misi negara, membantu pemadaman api di Sumatera, Indonesia pada 2007 ketika berusia 34 tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru