Friday, October 7, 2022

PGA Sarawak gagalkan usaha tujuh lelaki seludup enam motosikal curi di Bau

Secara Rawak

BAU: Tujuh lelaki kempunan menyeludup keluar enam motosikal curi apabila perbuatan mereka berjaya dihidu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 di Padang Pan dekat sini kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Pegawai Pemerintah Batalion tersebut, Superintendan Rosdi Inai berkata, tangkapan itu dilakukan oleh lapan anggotanya menerusi serbuan Ops Batas di kawasan sempadan sekitar 1.30 petang semalam.

Menurutnya, tangkapan melibatkan enam warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan yang berusia antara 13 hingga 38 tahun.

“Sebanyak enam motosikal curi pelbagai jenis yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran berjaya diselamatkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kesemuan rampasan itu, dianggarkan bernilai RM15,000.

Kata Rosdi, kesemua suspek dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan kita mendapati empat buah motosikal ini dilaporkan hilang manakala nombor casis pada dua lagi motosikal tersebut telah diganggu.

Polis katanya, percaya kumpulan itu bergiat aktif dengan sindiket curi motosikal di Kuching.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru