Sunday, September 25, 2022

SPRM panggil dan buru Jho Low, Nik Faisal

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini meminta Jho Low dan Nik Faisal — dua individu yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd (SRC) agar tampil menghubungi SPRM pada segera untuk membantu siasatan.

Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47 tahun merupakan Pengarah SRC manakala
Low Taek Jho, 37 tahun, yang turut dikenali sebagai ‘Jho Low’ merupakan ahli perniagaan.

Alamat terakhir Nik Faisal Ariff Kamil adalah di Alam Impian, Shah Alam Selangor manakala Jho Low di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, SPRM juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, atau emel kepada roslihusain@sprm.gov.my atau mana-mana Pejabat SPRM terdekat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru