Sunday, September 25, 2022

Pemuda UMNO: Tolak sebarang percubaan jahat hina, perlekeh Raja-Raja Melayu

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Hj Abu Hanifah hari ini menyatakan pendrian bahawa beliau bersama-saham sahabat-sahabat UMNO menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu.

Katanya, jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini.

Katanya, jika kita lihat kebelakangan ini pemimpin pakatan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mencalarkan imej Raja-Raja Melayu secara terbuka.

“Serangan pertama dikeluarkan oleh Kadir Jasin secara terbuka dalam mempertikaikan kuasa Institusi Raja-Raja Melayu dilihat sebagai satu ancaman sengaja ditanam dengan tujuan menghakis rasa taat setia rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pihak polis dilaporkan akan menjalankan siasatan terhadap pengarang veteran itu atas tulisan yang didakwa sebagai menghasut.

Malah, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membidas kritikan terbuka Kadir terhadap institusi Raja.

Jelasnya lagi, yang lebih mendatangkan kemarahannya ialah penulisan kurang ajar aktivis Pakatan Harapan Hishamuddin Rais di blog beliau “Tukar Tiub” yang secara terbuka memfitnah dan mengaibkan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agung.

“Perlukah Hishammuddin Rais keluar ayat begini rupa pada DYMM Seri Paduka dalam artikelnya.

Namun, jelas Armand Azha apabila artikel blog beliau viral, beliau dapati Hishamuddin telah memadam artikel itu.

“Saya yakin beliau takut akan kebangkitan Rakyat untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu dan akan mengurangkan sokongan rakyat pada Kerajaan Pakatan,” katanya.

“Bagi saya dan sahabat-sahabat melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara,” ujarnya.

Tegas beliau lagi UMNO berdiri teguh bersama Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak yang melibatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pemuda UMNO dan Pasukan Pemantau Kerajaan Malaysia Baru akan membuat laporan polis terhadap Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais di Balai Polis Shah Alam pada jam 5 ptg ini

Katanya, mereka juga akan mengadakan himpunan ‘Daulat Tuanku’ pada hari Jumaat ini di Masjid Jamek Kg Baru Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

“Ayuh kita bangkit mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru