Tuesday, May 11, 2021

Lokman dakwa derma RM2.6 bilion ada dalam “pengetahuan” Zeti

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Pergerakan Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataan beliau disiarkan The Third Force pada Rabu berpendapat, berdasarkan “kertas siasatan terhadap Najib Razak”, transaksi masuk wang derma dari Arab Saudi (RM2.6 bilion) berada dalam “pengetahuan” Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Zeti ketika beliau menjadi gabenor Bank Negara.

Lokman mendakwa, menurut kertas siasatan tersebut, Zeti telah diberitahu mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan “gift” yang bakal diterimanya daripada Putera Saudi itu.

Lokman dalam kenyataan berkata, bukti yang dipaparkan di blog The Third Force menunjukkan Zeti mencadangkan agar wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Kata Lokman, berdasarkan perkembangan ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor Bank Negara ketika itu tahu identiti sebenar penderma. Persoalannya tanya Lokman;

1. Mengapakah Zeti tidak membuat kenyataan kepada SPRM berkaitan identiti penderma tersebut?
2. Mengapakah Zeti tidak membantu SPRM mendapatkan rekod transaksi dari AMBANK?
3. Mengapakah Zeti hanya berdiam diri, seolah-olah beliau tidak tahu menahu perihal perkara tersebut?

Tulis Lokman lagi, Zeti harus menjelaskan bahawa transaksi tersebut tidak boleh disabitkan sebagai “money laundering” kerana ia mengikuti prodesur kemasukan wang asing.

Dan sudah menjadi tanggungjawab beliau menjawab soalan-soalan ini memandangkan bukti yang dipaparkan oleh The Third Force, menurut Lokman, kian tular di media sosial, Whatsapp dan Wechat. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru