Monday, August 15, 2022

Zahid kunjungi Tun M di pejabatnya

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang yang juga Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di pejabatnya.

Dalam status terkininya, Zahid bersyukur dapat bertemu Tun M pada bulan Ramadan al-Mubarak.

“Pertemuan ini diharap memberi kebaikan kepada semua,” katanya lagi.

Tiada butir perbincangan didedahkan.

Zahid pernah menjadi Ketua Pemuda Tun M sebelum krisis beliau dan Tan Sri Anwar Ibrahim tercetus.

Sementara itu, Zahid pada Selasa lalu, turut menghadiri majlis iftar di kediaman Tengku Razaleigh Hamzah dan antara perkara yang dibincangkan pastinya sekitar Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru