Friday, October 7, 2022

Star dakwa PH guna tuntutan Petronas elak bayar royalti 20% manifesto Tawaran Baharu

Secara Rawak

KUCHING: Parti Reformasi Negeri (STAR) menggesa Kerajaan Negeri Sarawak menentang keras usaha Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mendapatkan perisytiharan Mahkamah Persekutuan bahawa mereka pemilik eksklusif sumber petroleum.

Petronas juga mahu kekal mengawal selia aktiviti huluan di Malaysia, termasuk Sarawak.

Memetik laporan Bernama pada Selasa, Presiden STAR Lina Soo berkata sumber petroleum Sarawak terpelihara melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan perkembangan terbaru itu, Soo mendakwa Kerajaan Persekutuan melanggar MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

Petronas didakwa mahu merampas kawalan minyak dan gas Sarawak melalui Akta Pembangunan Petroleum dan Akta Wilayah Laut (PDA) yang menurutnya tidak pun diluluskan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Soo menegaskan PDA tidak terpakai ke atas Sarawak kerana Perkara 160 Tafsiran Perlembagaan Persekutuan menyebut “Persekutuan” bermaksud Persekutuan yang dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Menurut Lina lagi, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 tidak meliputi Sarawak kerana Sarawak tidak pernah menjadi pihak yang menandatangani perjanjian itu.

Bahkan, laporan menyebut, Soo mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) di Persekutuan melalui Petronas cuba mengelak melaksanakan royalti minyak 20 peratus seperti ditawarkan dalam menifesto pilihan rayanya “Tawaran Baharu”. –Sarawakvoice

Foto : Newstream Asia

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru