Monday, August 15, 2022

Skandal RM9.4b di sebalik fail merah

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan hari ini mendakwa menemui satu lagi skandal daripada fail merah di Putrajaya membabitkan nilai RM9.4 bilion.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mengesan terdapat transaksi mencurigakan membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Syarikat itu dibayar sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada projek yang ditawarkan.

Bagaimanapun hanya 13 peratus kerja telah disiapkan.

“Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) walaupun hanya 13 peratus kemajuan projek direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, SSER merupakan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016.

“SSER bertujuan melaksanakan dua projek berasingan iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP).

“Kedua-dua projek tersebut telah diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016 dan diberikan kepada CPPB pada 1 November 2016,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru