Tuesday, September 27, 2022

Sifar GST, KPDNKK S’wak periksa 22,834 premis niaga, ambil tindakan 183 kes

Secara Rawak

KUCHING: Sebagai sebahagian pelaksanaan Op Catut 4.0 yang digerak memastikan peniaga mematuhi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sifar bermula 1 Jun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menerima 47 aduan berkaitan harga barang dan kegiatan catut dalam kalangan peniaga.

Pengarah KPDNKK Datuk Stanley Tan seperti dilaporkan Bernama, Op Catut 4.0 bermula 24 Mei lepas memeriksa 22,834 premis perniagaan dan mengambil tindakan terhadap 183 kes pelbagai kesalahan berkaitan perniagaan.

Menurut beliau, antara tindakan diambil termasuk merampas barang dagangan RM324,016 dan mengenakan kompaun RM20,000.

Pihak KPDNKK juga mengeluarkan 29 amaran kepada peniaga yang tidak mematuhi pelbagai arahan.

Stanley meminta orang ramai yang ingin membuat aduan berkaitan salah laku peniaga sila hubungi Pejabat KPDNKK di talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel: e-aduan@kpdnkk.gov.my. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru