Friday, October 7, 2022

Bantuan khas sebulan gaji untuk penjawat awam Selangor

Secara Rawak

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor hari ini mengumumkan seramai 17,109 penjawat awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji pada 25 Jun ini.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat pengumuman tersebut pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, pagi ini.

Katanya, 10 peratus daripada bantuan khas kewangan itu akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia, namun ia hanya dikenakan kepada pegawai gred 44 ke atas.

“Sumbangan 10 peratus itu adalah atas semangat patriotik penjawat awam yang tidak mahu tertinggal dalam usaha murni untuk mengurangkan bebanan hutang negara yang ditinggalkan pentadbiran lama.

“Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor,” katanya seperti dipetik sinar harian.

“Selain itu, kita juga akan memberikan saguhati sebanyak RM1,000 buat pertama kalinya kepada 755 kakitangan di tujuh jabatan Persekutuan negeri Selangor,” katanya.

Kerajaan persekutuan baru-baru ini mengumumkan RM400 bonus kepada penjawat awam gred 41 ke bawah. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru