Wednesday, November 30, 2022

Kerajaan PH perlu layan negeri pembangkang dengan adil

Secara Rawak

DENGAN berakhirnya pilihan raya umum ke-14, kini masa untuk berpolitik perlu diredakan untuk seketika.

Rakyat dan pemimpin perlu melangkah ke hadapan. Tumpuan perlu diberi terhadap amanah dan tanggungjawab yang diletak di bahu mereka.

Mereka tidak harus terbawa-bawa dengan kerenah waktu kempen dan waktu menjelang PRU lalu.
Yang didambakan rakyat ialah ingin melihat nasib dan kualiti hidup mereka berubah.

Dengan sumber dan kekayaan yang ada di negeri dan negara ini, tidak harus ada rakyat yang terbiar.

Foto : Cucu Tok Selampit

Segalanya cukup kalau sumber diurus dengan baik, adil dan saksama.

Namun malangnya ada daripada sumber berkenaan dibolot oleh pemimpin yang rakus dan tamak haloba.

Kini usaha perlu difokuskan kepada menyelesaikan keperluan asas rakyat.

Selepas lebih 50 tahun merdeka, rakyat seharusnya tidak lagi berdepan dengan masalah ketiadaan air bersih dan bekalan elektrik atau jalan raya.

Justeru, menjadi tanggungjawab para pemimpin politik yang telah dipilih itu untuk memastikan semua itu diselesaikan.

Jangan biarkan rakyat menunggu lima tahun lagi.

Segala janji perlu ditunaikan.

Rakyat berharap wakil rakyat sentiasa turun ke bawah untuk mengetahui masalah mereka.

Jangan tunggu menjelang pilihan raya baru hendak tunjukkan kesungguhan hendak selesaikan masalah berkenaan.

Kerajaan yang dipilih juga perlu berusaha untuk menghapuskan jurang kemiskinan dan jurang pembangunan.

Rakyat perlu dilayan dengan adil dan saksama.

Berikan kemudahan yang terbaik untuk murid-murid sekolah termasuk guru terlatih.
Sediakan lebih banyak biasiswa kepada golongan miskin dan B40.
Kerajaan Pakatan Harapan tidak harus mengamalkan budaya politik yang diamalkan Barisan Nasional sebelum ini.

Negeri yang tidak menyokong PH, yang kini negeri pembangkang, perlu dilayan saksama sesuai dengan konsep federalisme.

Bukankan itu janji Pakatan Harapan sebelum 9 Mei lalu? –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru