Monday, August 8, 2022

Di sebalik puasa, pasukan SAR terus gigih mencari tiga saudara dihanyut arus di Nanga Ulin

Secara Rawak

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik dan anak saudara mereka yang hilang ketika mandi di Sungai Poi, Nanga Ulin di sini diteruskan pagi ini.

Pasukan SAR yang terdiri daripada anggota Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia menangguhkan pencarian permukaan sekitar jam 5.05 semalam berikutan cuaca gelap dan persediaan untuk berbuka puasa.

Menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pasukan SAR terpaksa bermalam di situ, dan menjalankan ibadah puasa di lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi sekitar jam 10.30 pagi semalam, operasi SAR melibatkan radius pencarian sejauh dua kilometer, menghala ke hilir sungai dari lokasi kejadian.

“Namun kita masih belum menemui sebarang petunjuk akan kehadiran mangsa,” katanya lagi.

Dalam kejadian sekitar jam 3.00 petang menjelang Gawai, mangsa yang dikenal pasti sebagai Presly Tataw, 27 tahun dan anak saudaranya, Raderict Benediet Rody, 12 tahun sedang mandi sungai sebelum kedua-duanya dilihat hampir lemas.

Abang Presly, Henry Tataw, 28 tahun yang ketika itu sedang duduk di jeti sungai menyedari kedua-duanya terkapai-kapai terus terjun menyelamatkan mangsa namun turut dibawa arus sungai. –Sarawakvoice

 

Rederict Benediet Rody
Henry Tataw
Presly Tataw

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru