Peguam Negara tarik balik rayuan Guan Eng, Rafizi bebas

0
6

PUTRAJAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000.

Perkara tersebut diputuskan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan hukuman 18 bulan penjara yang dikenakan Mahkamah Syesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Rafizi Ramli, sebelum ini.

Panel Panel tiga Hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmadi Asnawi bagaimanapun mengekalkan sabitan terhadap bekas ahli Parlimen Pandan itu atas kesalahan mendedahkan kandungan kandungan laporan pengauditan 1MDB sebelum ini.

Datuk Ahmadi Asnawi dalam keputusannya berkata, pihaknya bersetuju dengan hujah pihak perayu yang diwakili peguambelanya Ahmad Nizam Hamid.

“Kami mengenepikan sabitan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dan digantikan dengan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 dengan seorang penjamin,” kata beliau.

SEMENTARA itu  Jabatan Peguam Negara hari ini telah menarik balik rayuannya untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Peguam kanan persekutuan kanan Maisarah Jauhari memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bahawa mereka telah memfailkan notis pemberhentian itu semalam dan telah menyerahkan kepada peguam Lim.

Ini disahkan oleh peguam Lim, Mervyn Lai.

Berikutan ini, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel hakim itu, merekodkan penarikan penarikan balik rayuan itu.

“Rayuan diketepikan tanpa sebarang perintah kos,” katanya.

Hakim lain ialah Hakim Datuk Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md Sam.

Ia sebelum ini dilaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah berikutan komen Lim terhadap kes banglo di mana bekas ketua menteri itu telah didakwa atas tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, ia ditolak oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Kamaludin Md Said tahun lepas.