Monday, August 8, 2022

Mat Sabu sebak, terkenang anggota tentera di perbatasan yang tidak pulang berhari raya

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamed Sabu mencuri perhatian lagi semalam.

Sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada warga tentera di Wisma Pertahanan, beliau mencuit hadirin berkaitan dengan teks ucapan.

” 40 tahun saya berceramah tanpa menggunakan teks, tiba-tiba hari ini saya terpaksa menggunakan teks,” katanya sambil mengundang ketawa hadirin.

Mat Sabu turut menggeletek lagi apabila bercerita tentang seorang sahabatnya yang berjiwa kental mahu berhari raya seorang tanpa balik kampung.

” Namun setelah kami semua balik kampung, beliau mendengar lagu ‘Dendang Perantau’, misai tegang jadi lembik dan air mata berguguran. Waktu itu juga beliau hilang kekentalan lalu ikut sama balik kampung.

Namun apabila membaca teks, Mat Sabu tiba-tiba sebak dan terhenti lebih seminit.

Ia semata-mata terkenangkan petugas tentera yang jauh dari keluarga dan bertugas di sempadan pada sambutan Aidilfitri.

Aksi tersebut bukan sahaja mengharukan, malah menyebabkan hadirin bertepuk tangan.

Lebih 15 ribu bungkusan Aidilfitri diserahkan kepada seluruh anggota tentera di seluruh negara yang bertugas pada hari raya kelak, hasil sumbangan pelbagai agensi, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Affandi Raja Mohamed Nor. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru