Tuesday, June 28, 2022

Kelantan beri bonus RM500 untuk Hari Raya

Secara Rawak

KOTA BAHRU: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menyempurnakan perasmian serta menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim semalam.

Seramai 100 orang menerima anugerah berkenaan termasuk 3 orang kakitangan di Urusetia Kerajaan Negeri.

Dalam kenyataan media selepas majlis berkenaan, YAB Ustaz Dato’ turut mengumumkan bahawa Kerajaan Kelantan akan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Turut hadir, Dato’ Speaker Dewan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru