Friday, October 7, 2022

Abang Johari bertemu mata dengan Tun M, spekulasi makin marak

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Putrajaya petang tadi.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak ketika mengesahkan pertemuan itu berkata, ia adalah pertemuan biasa.

“Tiada maklumat yang lanjut dibincangkan,” kata pejabat itu lagi.

Pertemuan ini bagaimanapun menghangatkan spekulasi bahawa parti yang dipimpin Abang Johari, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu mungkin keluar dari Barisan Nasional untuk membentuk Perikatan Sarawak, satu komponen baharu yang berasaskan parti-parti politik dari Sarawak.

Abang Johari terbang ke Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi tadi dan kembali ke Kuching pada jam 5 petang. –Sarawakvoice

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru