Sunday, September 25, 2022

Tabung Harapan Malaysia kumpul derma rakyat bayar hutang negara

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Negara bagi membolehkan rakyat Malaysia menderma bagi membantu kewangan kerajaan yang dilanda hutang mencecah RM1 trilion.

“Derma ini akan sampai kepada pihak bertanggungjawab dalam kerajaan iaitu Kementerian Kewangan,” kata Tun Dr Mahathir pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya, Rabu.

“Ramai rakyat bila tahu kewangan negara buruk mereka sanggup untuk beri derma untuk kerajaan, kita alu-alukan sikap patriotik mereka,” katanya

“Nombor akaun akan diumumkan sedikit masa lagi,” katanya.

Kerajaan sebelum ini telah melancarkan pelbagai projek mega, selain terjebak dalam pelbagai skandal kewangan susulan salah guna kuasa.

Segala kebobrokan berkenaan mulai terdedah satu per satu selepas kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pada 10 Mei lalu.

Tun Mahatir setakat ini telah mengumumkan pembatalan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura tertakluk kepada persetujuan Singapura, dan MRT laluan III. –Sarawakvoice

Foto : JobKartel

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru