KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pagi tadi menerima kunjungan hormat ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak.
Kunjungan berlaku di pejabatnya, di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya.
Delegasi ini diketuai oleh Pengerusinya, Datu Abdul Ghafur Shariff, selain ahli-ahli seperti Datu Robert Lian, Datu Abdillah Adam, Dato Rubiah Johari, Dr. Peter Songan dan Chai Moi Fong.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri dimaklumkan tentang maklumat terkini suruhanjaya ini dan isu-isu yang melingkarinya.
Turut hadir, Setiausaha Suruhanjaya, Fathi Hambali. –Sarawakvoice