Sunday, September 25, 2022

Naib Presiden: PAS tak dapat halang musuh lempar fitnah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: PAS tidak dapat menghalang musuh melemparkan tuduhan dan fitnah terhadapnya yang bertujuan untuk memisahkan paeti itu daripada masyarakat.

“Biarpun musuh PAS hendak membuat tuduhan dan fitnah untuk menjarakkan PAS dengan masyarakat, terpulanglah kepada mereka. Kita tidak boleh halang mereka, mungkin mereka anggap ini kerja yang boleh memberatkan amal mereka, dan boleh meluaskan kubur mereka, sila teruskan,” kata Naib Presidennya Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

“Semua amalan kita dan mereka akan dinilai di akhirat. Masing-masing akan dibangkit bersama amalan masing-masing. Waktu itu tidak ada siapa yang boleh berhujah dengan lidah. FB, twitter, instagram dan lain-lain lagi. Semuanya hancur bersama dengan alam,” katanya.

“Inilah hari pengadilan sebenar. Tidak ada lagi persepsi dan emosi semuanya realiti,” ujar Idris.

“Kita bersama PAS kerana dasar Islam, bukan kerana pemimpin atau mana-mana individu. Jika PAS membuang dasar Islam, maka kita akan mengasingkan diri dengan PAS. Kita tidak bersama dengan parti lain, bukan kerana marah kepada pemimpin atau mana-mana individu dalam parti tersebut,” jelasnya.

Katanya, inilah penawar yang paling mujarab untuk istiqamah dalam perjuangan.

“Pemimpin boleh datang dan boleh pergi, tetapi perjuangan mesti diteruskan untuk mencapai cita-cita Islam,” tambahnya.

“Ini jalan kita, kita yakin dengan jalan kita. Jika orang lain yakin dengan jalan mereka, terpulanglah kepada diri masing-masing. Kita tidak boleh paksa. Panduan kita ialah ulama. Majoriti ulama dan Tuan Guru pondok bersama PAS. Mereka tidak ada kepentingan apa-apa dengan PAS. Apa yang diajar di pondok selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS. Merekalah yang menjadi pembimbing dan panduan dalam gerak kerja PAS,” katanya. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru