Sunday, September 25, 2022

Cheng Jen desak SPRM campur tangan Projek Jalan Pesisir dan Laluan Kedua Sarawak, mahu dilaksanakan secara tender terbuka

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan dan menyiasat dua projek mega pembinaan jalan raya yang dicadangkan di negeri ini.

Menurutnya projek itu ialah pembinaan Jalan Pesisir dan Projek Laluan Kedua yang dianggarkan bernilai lebih RM11 bilion yang akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

“Memandangkan kedua-dua projek yang dicadangkan kini berada di peringkat akhir pemprosesan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penganugerahan boleh dikeluarkan dalam tempoh satu hingga dua minggu ini.

“Kami mendesak agar siasatan dijalankan dengan serta-merta kerana berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh menteri yang bertanggungjawab, jelas bahawa kedua-dua cadangan projek itu menelan kos yang tinggi,” katanya.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (Dap) Sarawak dan Ahli Parlimen Stampin itu mendedahkan tiada tender terbuka diadakan untuk pemilihan kontraktor oleh Jabatan Kerja Raya Negeri bagi dua kontrak pembinaan jalan yang dicadangkan itu.

Katanya, selepas peralihan pemerintaan Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan telah mengarahkan semua projek kerajaan yang besar mesti melalui proses tender terbuka.

“Walaupun ia mungkin arahan Kerajaan Persekutuan, amalan baik seperti itu patut diikuti oleh Kerajaan Negeri juga, terutamanya apabila ia melibatkan jumlah penggunaan wang rakyat yang besar, walaupun kami tidak mempunyai butir-butir rasmi projek terbabit,” jelas.

Tambahnya, kontrak itu perlu dipecahkan kepada pakej yang lebih kecil supaya lebih banyak kontraktor terlibat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru