Friday, October 7, 2022

Liga Premier: Sarawak semakin lemas, bakal terjerumus ke zon penyingkiran

Secara Rawak

KUCHING: Kalah lagi. Skuad Bujang Senang kelmarin terus dihambat kekalahan dalam kempen Liga Premier 2018.

Pasukan itu kecundang 1-2 kepada pasukan berstatus kelab, UKM FC ketika bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Ternyata Ngap Sayot sekali lagi ‘dibayangi’ badi kekalahan yang pernah menghantui skuad itu pada musim lalu.

Dengan kedudukan yang semakin merundum, sekiranya tiada tindakan dan perubahan diambil segera, pasukan Sarawak mungkin terjerumus ke zon penyingkiran.

Malah menghuni tangga keenam dengan 15 mata bukanlah kedudukan yang selesa dalam saingan liga divisyen kedua negara.

Bagi pengendali Sarawak, Ian Andrew Gillan, pihaknya tidak banyak pilihan selain mencatatkan kemenangan bagi mengutip mata.

“Kita tidak mahu dan tidak boleh terus tercicir mata kerana ia bakal memberi kesan buruk kepada kedudukan pasukan (Sarawak) dalam liga,” katanya.

Beliau mahu skuad itu terus berusaha bangkit merapatkan kedudukan dalam saingan liga domestik.

Pada aksi menentang UKM FC, skuad Bujang Senang dikejutkan dengan gol awal tuan rumah sebelum menyamakan kedudukan menerusi jaringan Bobby Gonzales.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila UKM FC menambah derita Sarawak dengan jaringan kedua untuk pulang selesa dengan tiga mata. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru