Kadir: Wajar institusi raja direformasi

0
2

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin perlu menilai semula tindak balas Raja-raja Melayu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadu “hampa” dengan reaksi Majlis Raja-raja terhadap aduan berkenaan 1MDB, kata kolumnis terkemuka Datuk Kadir Jasin.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan itu merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada 22 Mei lepas.

Kadir berkata, dalam konteks yang lebih luas, mungkin baik menilai semula tindak balas raja-raja terhadap skandal itu, dan hal-hal lain yang melibatkan institusi raja.
Hal ini, kerana menurut Kadir yang juga pengarang terkenal, negara kini ditadbir oleh kerajaan baharu.

Katanya, kerajaan mungkin dituduh gagal menjalankan tugas kalau institusi raja berperlembagaan tidak dikaji dan difahami.

Shukri dalam sidang media ‘dedah semua itu’ mendakwa SPRM hampa dalam usaha mendapatkan campur tangan Majlis Raja-raja.

Namun, Raja-raja Melayu melalui kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Berkata, Raja=-Raja Melayu memberikan perhatian yang berat berhubung isu 1MDB, kata Syed Danial berkata sebenarnya, Raja-raja menitahkan satu kenyataan pada 6 Oktober 2015 berhubung isu 1MDB.

“Sebenarnya, atas titah Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, saya mengundang ketua pesuruhjaya SPRM dan timbalan serta pegawai kanan beliau menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan.

“Dalam ruang lingkup peranan dan kuasa Raja-raja berlandaskan Perlembagaan, Raja-raja menitahkan untuk satu kenyataan, yang menunjukkan Duli-duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian yang berat, dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja (pada 6 Oktober 2015),” kata Syed Danial.

Shukri ketika itu mendedahkan pihaknya menemui Majlis Raja-raja dua kali untuk memaklumkan siasatan berkaitan 1MDB dan anak syarikat, SRC Interntional, yang dikaitkan dengan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut, Kadir kuasa dan kegiatan Raja-raja Melayu tertakluk kepada perlembagaan, sumpah jawatan mereka dibuat dengan nama Allah dan mereka dibayar gaji oleh rakyat jelata dan keperluan rasmi mereka ditanggung oleh kerajaan.

“Saya tidak berani mengatakan sejauh mana percubaan meminta bantuan raja-raja itu telah dibuat. Yang saya masih ingat ialah pada 5 Oktober 2015, raja-raja telah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mempercepatkan siasatan kes 1MDB dan mengambil tindakan wajar ke atas pihak-pihak terbabit,” katanya.

“Saya tidak tahu sejauh mana titah itu dipedulikan. Yang kita tahu ialah tidak sampai empat bulan kemudian, peguam negara baharu ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengisytiharkan tidak ada kes jenayah melibatkan 1MDB,” kata Kadir.

“PH mendakwa kerajaan pimpinan Najib telah menodai dan merosakkan banyak institusi utama negara lantas berjanji melakukan reformasi institusi. Maka wajarlah institusi raja dikaji dan, jika perlu, direformasi,” katanya lagi dalam Sinar Harian.

“Dalam keadaan di mana hidup rakyat susah dan kewangan negara sempit, kerajaan tidak boleh sekali-kali membazirkan wang untuk sesiapa pun. Biarlah saya kata macam ini: Istana-istana yang ada itu sudah mewah,” katanya.

“Raja-raja juga tidak kekal. Yang di-Pertuan Agong misalnya boleh disingkirkan oleh Majlis Raja-raja,” tambahnya.

Oleh itu, Kadir berkata, pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad perlu mengambil tahu pembabitan istana dalam kegiatan-kegiatan tidak rasmi seperti perniagaan dan sosial, dalam usaha “mempertahankan hak rakyat jelata dan melindungi institusi negara” daripada sebarang bentuk pencabulan. — Sarawakvoice