Sunday, August 7, 2022

Hospital Sibu dalam keadaan berjaga-jaga susulan kemasukan pesakit disyaki pembawa virus

Secara Rawak

SIBU: Hospital Sibu kini dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemasukan seorang pesakit semalam, yang dikhuatiri membawa virus berbahaya.

Sumber memberitahu, suspek baharu pulang dari sebuah negara Afrika, dan secara tiba-tiba pengsan di sebuah pasar raya semalam.

Difahamkan, ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang melakukan siasatan rapi, dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Penduduk di sekitar bandar Sibu dinasihatkan tidak panik memandangkan belum ada pengesahan dan kenyataan lanjut daripada Pengarah Kesihatan Negeri. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru