Anwar sedia jadi rakyat biasa, pantau dan jadi ejen pengkritik kerajaan PH

0
4
Foto : Page Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) mentadbir negara dengan baik, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim sedia menjadi pemantau bagi kerajaan dan ejen pengkritik bersama-sama rakyat.

Berucap pada Majlis Iftar Perdana bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Nurul Hidayah, Anwar berkata pemantauan dilakukan bukan untuk mencerca.

Namun, menurutnya ia dilakukan dengan kasih mengingatkan tanggungjawab harus disempurnakan.

“Mindset pegawai kerajaan harus berubah,” ujar beliau dan berkata beliau sudha emmaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa beliau sebagai rakyat biasa sahaja, mengajak rakyat memantau kerajaan.

“Saya tak mahu apa-apa, cukuplah Azizah di situ. Saya hanya nak jadi Anwar Ibrahim dan rakyat Malaysia,” katanya.

Jelas Anwar lagi, beliau hanya mahu menjadi rakyat biasa dan hanya mengambil alih jawatan apabila tiba masanya.

Beliau meminta rakyat memberi sokongan padu sepenuhnya pada kerajaan Mahathir.

Anwar percaya di bawah Mahathir, program ekonomi disusun semula demi kepentingan rakyat. –Sarawakvoice

Foto : Page Nurul Izzah Anwar