Friday, October 7, 2022

Tindakan berundur sudah terlambat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Beberapa hari ini ketua UMMO beberapa bahagian mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu, sebaliknya menyerahkannya kepada timbalan mereka.
Alasan, untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih muda menerajui parti di peringkat akar umbi.

Langkah yang diambil oleh ketua UMNO itu menarik kerana perkara ini jarang-jarang berlaku sebelum ini terutama dalam kalangan mereka yang ada jawatan dalam kerajaan.

Adakah tindakan berkenaan sudah terlewat?

Menurut pemerhati politik, mereka terbabit dan yang lain sepatutnya telah mengambil tindakan berkenaan sebelum ini.

Katanya, langkah berkenaan adalah agak terlambat ketika nasi sudah menjadi bubur.
Walau apa-apa pun, ujarnya, amat penting bagi UMNO untuk melakukan transformasi menyeluruh dan besar-besaran.

“Pemimpin muda perlu ditampilkan. UMNO yang kini sebagai pembangkang tidak boleh lagi bergerak dan bertindak seperti biasa. Ia perlu berubah sesuai dengan perubahan landskap sosiopolitik,” katanya.

Pada Khamis Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan tidak mempertahankan jawatan.

Beliau tewas mempertahankan kerusi Parlimen Kemaman dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Katanya seperti dilapor media hari ini, beliau harap UMNO golongan muda dalam parti itu diberi tanggungjawab yang lebih besar. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru