Wednesday, December 7, 2022

Tazkirah Ramadan: Puasa didik Muslim ikhlas, terasa Allah sentiasa mengawasinya

Secara Rawak

AMALAN puasa bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja. Berpuasa bermaksud meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah, walaupun ia perkara kecil atau mudah untuk dilakukan.

Puasa menggalak individu berbuat baik walaupun ia mudah dan kecil dalam kehidupan.

Di antara perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menjadikan kehidupan Muslim lebih bermakna adalah dengan memperbanyak masa untuk membaca dan merujuk al-Quran.

Sehubungan dengan itu Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak memerlukan lapar dan hausnya.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

Melalui puasa, individu dapat membina peribadi Muslim yang baik. Puasa mendidik dirinya supaya ikhlas dalam beramal sehingga dia sentiasa merasai pengawasan Allah SWT.

Segala amal yang dilakukan demi mendapat reda Allah. Hatta makan dan minumnya adalah mengikut ketentuan dan ketetapan Allah.

Berpuasa sepanjang Ramadan adalah untuk mendidik kesungguhan diri dalam beramal.

Segala yang dilakukan dengan bersungguh kerana khuatir ia tidak sempuna.

Masa yang ada amat diperhatikan sehingga orang yang berpuasa memastikan dalam waktu berkenaan dia sentiasa bersikap sabar menaati Allah SWT.

Puasa turut membina dalam diri seseorang tentang erti sifat kasih sayang. Rasa lapar dan dahaga sepanjang hari menjadikan dia lebih peka serta jiwanya lebih jernih.

Melalui pengalaman sedemikian itu, menguatkan pemahamannya erti kesusahan dan makna “tidak memiliki”.

Di samping itu, amalan sepanjang Ramadan membina disiplin Muslim terhadap masa. Masa penting dan utama.

Benarlah firman Allah: “Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap perkara yang telah mereka kerjakan…” (maksud as-Sajdah: 19-20) –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru