Tuesday, September 27, 2022

Mayat terakhir, sekeluarga karam di Nanga Entabai dalam tragedi pulang Gawai ditemui

Secara Rawak

BINTANGOR: Mangsa terakhir sekeluarga tragedi bot karam di Nanga Ensiring Entabai di Hulu Sungai Kanowit, petang Jumaat lalu berjaya ditemui sekitar jam 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan Bidol Noyeng berkata, mayat Eviline Linty Kaya ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berhampiran Lubuk Sambau di Sungai Kanowit.

Penemuan mayat wanita berusia 23 tahun itu melengkapkan operasi di Nanga Ensiring Entabai tersebut.

Dalam kejadian Jumaat lalu, bot yang dinaiki mangsa dan empat ahli keluarganya dilambung ombak sebelum terbalik, kira-kira 50 meter dari destinasi akhir Rumah Panjang Gani, Julau.

Suami dan bapa mertua mangsa bagaimanapun berjaya berenang ke tebing sementelah mangsa, anak dan ibu mertuanya tenggelam di bawa arus.

Mayat ibu mertua mangsa, Lenny Ingang, 46 tahun ditemui pada hari yang sama manakala mayat anaknya, Kelvin Sama Markus, 6 tahun ditemui sehari kemudian di Sungai Pecur.

Ketika kejadian, mereka sekeluarga dijemput oleh kedua-dua ibu bapanya pulang ke kampung sekembalinya dari Kuala Lumpur. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru