Monday, August 8, 2022

Bukan VIP, tetapi jurujual telefon yang dihujani tembakan di Bukit Mertajam

Secara Rawak

BUKIT MERTAJAM: Bukan orang kenamaan atau VIP, tetapi jurujual telefon bimbit.

Itu identiti sebenar mangsa tembakan di Taman Sentosa Bukit Mertajam sekitar jam 11.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata, lelaki tersebut berusia 22 tahun cedera parah dihujani peluru yang menembusi bahu, lengan kanan dan peha kanan.

Dia ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali yang bertopeng.

Umur mangsa lebih panjang apabila sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar melalui pintu kiri kereta.

“Terdapat 11 kelonsong peluru ditemui di kawasan tempat kejadian.

Mangsa katanya, kini stabil selepas dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam.

Malah setakat ini motif belum diketahui,” katanya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan berwarna putih.

Kereta milik mangsa pula dilihat berlubang besar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. –Sarawakvoice

Foto : The Reporter

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru