Tuesday, May 11, 2021

Shafie Afdal yakin projek Lebuh Raya Pan Borneo diteruskan

Mesti baca

KOTA KINABALU: Lebuh Raya Pan Borneo diyakini diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan mengalami kekangan kewangan ketika ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal selepas melancarkan Jelajah Ramadan RTM pada Jumaat, berkata, projek tersebut sudah dilaksanakan dan diyakini diteruskan.

Shafie mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan mengkaji semula projek mega negara demi menyelamatkan berbilion ringgit wang negara.

Lebuh raya RM29 bilion sejauh 2,325 kilometer menghubungkan Sabah-Sarawak melalui Brunei, dijadual siap 2023.

Shafie mengaku menyusun semula pendekatan yang menurutnya dilihat kurang memberi manfaat kepada rakyat buat masa ini. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru