Tuesday, September 27, 2022

Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas bermula 28 Mei depan

Secara Rawak

KUCHING: Sekurang-kurangnya 41 cawangan Saberkas di seluruh Sarawak akan menganjurkan program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas bermula Isnin depan.

Pengerusi Penganjurnya, Mohd Razi Sitam berkata, program tersebut dijadualkan akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, yang juga Presiden Saberkas, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 4 petang, 28 Mei di Masjid Daerah Serian.

“Ini merupakan acara tahunan dan tradisi Saberkas dalam mengimarahkan bulan Ramadan.

“Lebih menarik, ia melangkaui pelbagai kaum dan agama, seperti program pelancaran ini, dianjurkan oleh Cawangan Bukit Semuja, yang ketuanya adalah Adun Bukit Semuja, John Ilus.

Kata Razi, program yang sinonim dengan Saberkas ini dianjurkan bukan sahaja menyediakan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai yang hadir, malah dilakukan secara gotong-royong oleh pelbagai pihak.

“Oleh itu kita menyeru orang ramai hadir pada majlis perasmian, dan juga program-program di seluruh negeri.

“Jadual dan tempat pengagihan sepanjang bulan Ramadan ini akan kita maklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru