Monday, August 8, 2022

Pasukan Petugas Khas 1MDB mulai kerjasama dengan FBI, DOJ

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Pasukan Petugas Khas 1MDB pada jam 11 pagi tadi telah mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) di Kompleks Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, pasukan itu berkata, perbincangan ini dipengerusikan bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk Abdul Hamid Bador.

” Perbincangan itu antara lain membincangkan hala tuju dan fokus siasatan 1MDB, serta memohon bantuan bersama untuk menangani jenayah ‘Mutual Legal Assistance (MLA) dan juga proses membawa semula aset-aset yang dibekukan di Amerika Syarikat.

Kenyataan itu berkata, antara isu yang dibangkitkan ialah permohonan kerjasama MLA oleh pihak FBI kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada 13 November 2016 namun tiada maklum balas.

Malah permohonan kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada 22 September 2017 juga tidak dipenuhi dan ditangguhkan atas alasan ia mengganggu siasatan di dalam negara.

Hasil mesyuarat ini katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi kerjasama sepenuhnya sepenuhnya dalam menyempurnakan siasatan yang dijalankan.

Perjumpaan bagi memberi bantuan ini katanya, akan dijalankan dari masa ke masa. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru