Monday, August 15, 2022

Semua media di Malaysia bebas lapor berita dan fakta — Gobind

Secara Rawak


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo malam tadi memberi jaminan bahawa semua akhbar dan media di negara ini bebas melaporkan apa sahaja berita, asalkan ia tepat dan berfakta.

Katanya, pihaknya tidak akan mengadakan sekatan dan halangan kerana memahami tugas wartawan.

“Di mana-mana negara di dunia, masyarakatnya dicorakkan oleh apa yang mereka baca.

“Teknologi hari ini membolehkan mereka terdedah kepada berita-berita di seluruh dunia,” katanya ketika menghadiri Program Bicara Khas di TV1 malam tadi.

Berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang lancar, Gobind yang memulakan hari pertamanya di kementerian yang ada 10 jabatan dan agensi itu turut memberi bayangan untuk meningkatkan keupayaan broadband di negara ini.

“Saya melawat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia petang tadi (semalam), dan saya akan bersama-sama mereka dalam usaha menggandakan kelajuan internet tetapi membayar pada separuh harga.

“Semuanya akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pemerintahan,” tambahnya lagi.

Beliau turut membayangkan untuk mewujudkan ruangan Debat di stesen televisyen tempatan selain mengubah RTM sebagai saluran yang diminati ramai dan bertahap global. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru