Saturday, October 8, 2022

Polis Portugal rampas 1,800kg ganja

Secara Rawak

LISBON: Polis Portugal pada Selasa berjaya merampas sejumlah 1,800 kilogram dadah jenis kanabis daripada sebuah motobot di selatan pantai negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut sumber polis, pihaknya memintas sebuah motobot yang membawa 60 bungkusan dadah di luar muara Tavira, sebuah bandar 300 kilometer di selatan Lisbon, berdekatan dengan sempadan Sepanyol.

Bungkusan dadah itu dipercayai dipindahkan ke motobot tersebut daripada sebuat bot yang lebih besar dari Maghribi.

Tiga lelaki turut ditahan, masing-masing berumur 36, ​​48 dan 68 tahun.

Gambar hiasan

Rampasan itu adalah kejayaan kedua di bawah agensi Kawalan Republik Kebangsaan (GNR), yang sebelum ini berjaya menumpaskan rangkaian sindiket pasaran rokok haram selepas menjalankan siasatan selama empat bulan.

Tiga kilang pengeluaran rokok haram di Evora, sebuah bandar 130 kilometer selatan Lisbon diserbu dan sejumlah 122,274 batang rokok bersama 112 kilogram tembakau halus dirampas.

Aktiviti  haram itu menyebabkan pihak kastam Portugal kerugian kira-kira sejuta euro hasil kutipan cukai. — Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru