MIRI: Polis menahan penganggur, 20, miliki ganja 1,000 gram bernilai RM12,000.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah dalam kenyataan berkata, dadah tersebut ditemui di bilik tidur suspek di rumahnya di Jalan Teniku, Desa Pujut 2, petang Selasa.

Polis turut menyita Proton Saga FLX milik suspek.

Menurut Lim, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah. –Sarawakvoice